aerol90_2U
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

aerol90_2U

_perkongsian merupakan suatu wadah untuk medan dakwah ke arah kebaikan_
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 SENYUM ITU SATU SEDEKAH

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 15
Join date : 19/02/2012
Age : 34
Location : selangor

SENYUM ITU SATU SEDEKAH Empty
PostSubject: SENYUM ITU SATU SEDEKAH   SENYUM ITU SATU SEDEKAH I_icon_minitimeWed Feb 22, 2012 2:05 am

Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajipan untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit. Very Happy Very Happy

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?" Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahwa senyum itu ibadah, "Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Tirmizi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi). Salah seorang sahabat, Abdullah Bin Harits, pernah menuturkan tentang Rasulullah SAW, 'Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (HR Tirmidzi).

Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan. Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu." (HR Muslim)

Di antara keistimewaan sedekah ialah menolak bala (musibah). Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja'far ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana". Smile Smile
Back to top Go down
https://aerol90.forumms.net
Admin
Admin
Admin


Posts : 15
Join date : 19/02/2012
Age : 34
Location : selangor

SENYUM ITU SATU SEDEKAH Empty
PostSubject: SENYUMAN PENGUBAT HATI YANG DUKA   SENYUM ITU SATU SEDEKAH I_icon_minitimeWed Feb 22, 2012 2:09 am

SENYUM ITU SATU SEDEKAH Smile10
Back to top Go down
https://aerol90.forumms.net
Admin
Admin
Admin


Posts : 15
Join date : 19/02/2012
Age : 34
Location : selangor

SENYUM ITU SATU SEDEKAH Empty
PostSubject: SENYUM LAH SELALU UNTUK KECERIAAN    SENYUM ITU SATU SEDEKAH I_icon_minitimeThu Feb 23, 2012 5:34 pm

SENYUM ITU SATU SEDEKAH Senyum11

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh ! Tapi, benarkah senyum itu mudah? Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan ciri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.

Sebaliknya, tanpa senyum, orang akan menjauhkan diri dari kita. Manusia cenderung untuk tidak menyukai sikap sombong, angkuh, kasar dan bengis…dan semuanya wujud tanpa senyuman. Firman Allah SWT., "Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159).


Pengikat Hati.

Senyum adalah sarana pengikat hati, pertautan jiwa. Ia mampu memberi kesan lebih daripada apa yang boleh dilahirkan oleh nilai kebendaan. Harta saja tidak mampu menjadi sarana pengikat hati.

Ini terbukti apabila organisasi ekonomi yang bergelumang dengan kebendaan tidak mampu mewujukan ikatan hati. Kesatuan hati dan jiwa mesti diliputi dengan suasana roh yang terpancar dari roh Allah. Itulah cinta. Cinta yang mampu melahirkan senyuman dari dalam hati, yang mampu melapangkan dada.

Cinta yang membebaskan sebarang perbezaan dan berasal dari Najran yang kasar. Tiba-tiba saja seorang Arab Badwi datang dan menarik serban Rasulullah secara kasar. Aku (Anas bin Malik) melihat bahu Rasulullah melecet akibat tarikan kasar orang Arab Badwi itu. Orang itu berkata, "Ya Muhammad, perintahkan agar aku memperolehi harta yang Allah berikan kepadamu." Rasul menoleh dan tersenyum kepadanya, lalu memerintahkan agar dia mendapat hadiah.


Beragam Senyum.

Tidak semua senyum itu sejati. Ada senyum yang muncul mewakili perasaan (ibtisamah syu'uriyah), ada juga senyum dusta (ibtisamah ghaira haqiqiyah).

Senyum yang lahir dari perasaan adalah senyum sejati. Ia hadir saat seorang Muslim bertemu dengan saudaranya atau menyaksikan peristiwa yang mengundang senyum. Peribadi Rasulullah SAW sentiasa dihiasi dengan sifat ini. Abdullah bin Harits mengatakan, "Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat Ahmad).

Bukhari juga telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasul SAW tersenyum melihat para wanita yang lari lintang-pukang apabila mengetahui Umar bin Khattab ra akan datang. "Engkau lebih keras dan kasar berbanding Rasul SAW." Kata para wanita kepada Umar r.a apabila ditanya Kenapa reaksi mereka sebegitu rupa.

Senyum ketika mendengar berita gembira juga termasuk dalam senyum sejati. Sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar r.a apabila beliau dipilih oleh Rasul SAW untuk menemani baginda berhijrah ke Madinah. Ketika itu Abu Bakar ra tersenyum hingga menitiskan air mata kegembiraan.

Senyum juga boleh menguntum hasil daripada perasaan kecewa dan sedih. Sebagaimana yang berlaku apabila Rasulullah SAW tersenyum kepada Ka'ab bin Malik (salah seorang dari tiga orang yang tidak turut serta dalam perang Tabuk). Ka'ab mengatakan, "Ketika aku datang kepadanya. Aku memberi salam, dan baginda tersenyum…"

Senyum dusta pula adalah hasil rekaan (budaya atau dalam perancangan melaksanakan sesuatu). Senyuman yang menghiasi diri sekadar memperolehi manfaat dari orang yang dihadiahkan senyuman. Seperti senyuman seorang jejaka untuk memikat, senyuman para jurujual untuk menarik para pelanggan atau senyuman para peniaga untuk menjaga hati pembeli.

Senyum itu mudah? Senyuman yang tulus itu sukar. Senyuman yang dusta juga bukan suatu yang mudah. Oleh itu senyum yang menjadi sedekah juga bukan semudah yang kita bayangkan. Sesungguhnya, "Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…."
Back to top Go down
https://aerol90.forumms.net
Sponsored content





SENYUM ITU SATU SEDEKAH Empty
PostSubject: Re: SENYUM ITU SATU SEDEKAH   SENYUM ITU SATU SEDEKAH I_icon_minitime

Back to top Go down
 
SENYUM ITU SATU SEDEKAH
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
aerol90_2U :: UMUM :: AEROL90-
Jump to: